Edisi 9 - 2017
Selaras dengan perkembangan 'ICT' terkini, Sidang Redaksi SMK Putrajaya Presint 14 (1) telah menyambut baik saranan untuk menghasilkan majalah digital di bawah "Program e-Majalah".
Program E-Majalah adalah anjuran SKMM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Pejabat Pendidikan Daerah dalam mentransformasikan majalah sekolah ke arah digital dijalankan di bawah inisiatif Komuniti Pintar
- Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/306798/amp
Pelajar telah dihantar untuk menghadiri bengkel pembinaan majalah digital ini di Pusat Internet 1Malaysia.
Penganjur program telah membantu para pelajar bagaimana untuk mencipta sesebuah e-majalah menggunakan platform e-sentral.com.
Buat julung kalinya Sidang Redaksi Inspirasi berjaya menterjemahkan Majalah Inspirasi Edisi 9 - 2017 yang merupakan majalah berbentuk buku semenjak penerbitannya yang pertama pada 2009 kepada e-buku yang berbentuk digital.

Walaupun ini merupakan kali pertama Sidang Redaksi Inspirasi SMK Putrajaya Presint 14 (1) mengikuti program ini, namun dengan segala usaha dan kreativiti yang ditonjolkan oleh pelajar, Majalah Inspirasi berjaya merangkul gelaran juara Pertandingan e-Majalah.
Pada majlis berkenaan, SMK Putrajaya Presint 14 (1) diumumkan juara Pertandingan E-Majalah dan menerima hadiah trofi, sijil dan wang RM3,000 diikuti tempat kedua, SMK Cyberjaya yang memenangi wang RM2,000 manakala tempat ketiga, SMK Putrajaya Presint 9 (1) dengan hadiah RM1,000.
- Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/306798/amp
Edisi 10 - 2018
Meneruskan kejayaan yang dikecapi pada tahun sebelumnya, Sidang Redaksi kekal menyahut saranan bagi merealisasikan penerbitan majalah secara digital dan mengwujudkan persekitaran 'tanpa kertas'.
Program Pembangunan Majalah Sekolah Digital 2018 (“Program e-Majalah 2018”) merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“MCMC”) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) di bawah inisiatif Komuniti Pintar dengan objektif untuk memberi pendedahan teknologi maklumat dan komunikasi (“ICT”) kepada pelajar dan guru dan untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi melalui penerbitan digital.
- Sumber : https://komunitipintar.mcmc.gov.my/ms-MY/eMajalah
Namun sedikit perubahan dilakukan pada konsep e-majalah pada kali ini. Para pelajar diajar untuk membina majalah digital menggunakan 'Content-Management-System' (CMS).
Majalah digital yang berbentuk laman sesawang ini memberikan satu cabaran baharu kepada para pelajar dan guru bagi mencipta sesuatu yang lebih kreatif.
Tambahan pula, tahun 2018 merupakan ulangtahun penerbitan Majalah Inspirasi yang ke-10. Satu memori yang sangat berharga untuk direalisasikan pada majalah digital ini.

Edisi 11 - 2019
Memasuki permulaan dekad baharu bagi Majalah Inspirasi, satu naratif baru juga telah dibawa bersama.
Berbanding tahun-tahun sebelumnya, Sidang Redaksi menghasilkan majalah digital ini dengan kerjasama pihak seperti SKMM dan Komuniti Pintar yang membantu daripada segi teknikal dan latihan.
Namun begitu, edisi kali ini lebih istimewa kerana penerbitannya merupakan hasil tangan pelajar 100%. Daripada pengambilan gambar, penggumpulan maklumat serta penyuntingan di laman 'open-source' Weebly ini.
Mengambil kira tema alami, edisi kali ini juga tampil dengan konsep santai yang berbeza dengan penerbitan sebelumnya. Gambar-gambar yang dipaparkan bertemakan 'free-style' bagi menonjolkan kegembiraan dan keseronokan para guru dan pelajar sepanjang sesi persekolahan 2019.

Pendidikan adalah kegembiraan, kasih-sayang dan hormat-menghormati.
- Sumber : https://mobile.twitter.com/maszlee/status/1019855995537743873