SEJARAH & LAGU SEKOLAH
Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 14 (1) telah mula dibina oleh Syarikat Al-Matab Sdn. Bhd. pada tahun 2002 di Presint 14, Putrajaya. Kawasan seluas 14.98 dengan rekabentuk ‘Nusantara’ ini telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 27 Mac 2008.
Majlis penyerahan telah dilaksanakan oleh Tan Sri Shamsuddin bin Osman, Pengerusi Perbadanan Putrajaya dengan menyerahkan ‘kunci’ kepada En. Badaruddin Abd. Rahman yang merupakan wakil Kementerian Pendidikan Malaysia yang selepas itu menyerahkannya pula kepada Pengarah Pendidikan Wilayah Perseketuan Putrajaya, Tn. Hj. Mohd. Yusof bin Hassan.
Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 14 (1) ini mempunyai 2 bangunan berasingan iaitu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). Kedua - dua sekolah ini mengguna sama kemudahan yang terdapat di sini iaitu Pavillion, padang, dewan dan surau.
En. Mohd. Zaini bin Hj Harun dan Tn. Hj. Ayob bin Ibrahim dilantik sebagai ‘Caretaker’ untuk menguruskan pembukaan sekolah masing - masing dan mula memasuki premis ini bermula 1 April 2008.
Sekolah beroperasi pada 9 Jun 2008. Buat permulaan kelas-kelas Sekolah Rendah hanya dibuka untuk Darjah 1, 2, 3, dan 4 sahaja. Manakala, Sekolah Menengah kelas-kelas dibuka untuk Tingkatan 1, 2, dan 4 sahaja. Para pelajar terdiri daripada anak-anak penduduk kawasan Presint 14 dan kawasan yang berhampiran.

Bertekad Menjadi Insan Cemerlang
Warisan Bangsa Akan Terus Kami
Genggam
Terus Mara, Tuju Wawasan
Pasti Sekolahku Kan
Gemilang
Patuhi Arahan Ilahi
Ibu Dan Bapa Dihormati
Ajaran Guru Kan Ku Sanjung Tinggi
Amalkan Ilmu Ikrar Kami
SMK Putrajaya Presint Empat Belas Satu
Menuju Puncak Jaya
Usaha Utama Unggul
Ciptaan : Asmali Othman LPM
Lirik : Guru SMKPP 14 (1)